Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Leagoo Shark 1 Dengan Skrin 6-inci Dan Bateri Berkapasiti 6300mAh Dilancarkan

Leagoo merupakan salah satu jenama yang menawarkan telefon pintar pada harga bawah RM1,000. Mereka sedia menawarkan beberapa model untuk pasaran tempatan, dan hari ini mereka telah melancarkan sebuah lagi model baru, iaitu Leagoo Shark 1.

Leagoo Shark 1

Leagoo Shark 1 merupakan phablet bersaiz 6-inci dan hadir dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek MT6753 1.3Ghz lapan-teras, dan memori sehingga 3GB RAM. Melengapkan peranti ini juga adalah ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD sehingga 128GB.

Untuk rakaman gambar, Leagoo Shark 1 menyertakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Kamera hadapan dan belakang – kedua-duanya menyertakan sokongan LED Flash. Dibawah kamera belakang adalah pengimbas cap jari untuk sekuriti tambahan pada peranti. Leagoo Shark 1 dijana menggunakan sistem operasi Android 5.1 Lollipop dan hadir dengan antaramuka khusus Leagoo. Pada bahagian atas peranti ini pula disertakan sokongan infrared untuk mengawal peralatan elektronik.

Leagoo Shark 1

Leagoo Shark 1 memfokuskan kepada skrin bersaiz besar untuk memudahkan pengguna menikmati kandungan dan melakukan tugasan asas, disamping menyertakan bateri berkapasiti 6300mAh untuk masa penggunaan yang lama. Leagoo mengatakan baterinya mampu bertahan untuk penggunaan sehingga 2 hari lamanya. Untuk pengecasan penuh peranti ini, ia mengambil masa sehingga 1 jam 45 minit.

Di Malaysia, Leagoo Shark 1 telah mula dijual pada harga RM999. Ia hadir dalam tiga pilihan warna, iaitu warna emas, hitam dan juga perak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Leagoo Shark 1 Dengan Skrin 6-inci Dan Bateri Berkapasiti 6300mAh Dilancarkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info