Penggunaan peranti pintar menyebabkan individu tidak memandang ke atas. Kerap kali juga kami melihat pemandu lambat bergerak sedangkan lampu hijau sudah menyala. Ini adalah kerana mereka khusyuk menunduk ke bawah memandang peranti dan bukannya pada lampu isyarat. Di Augsburg Jerman, pihak berkuasa tempatan mengambil langkah drastik memasang lampu isyarat pada permukaan jalan berhampiran kawasan melintas pejalan kaki.
Sistem ini dipasang selepas seorang remaja perempuan berusia 15 tahun meninggal dunia digilis tram kerana khayal menggunakan peranti semasa melintas jalan. Bagi mengelakkan kemalangan seperti ini berulang, beberapa lampu dipasang secara melintang bagi memudahkan mereka melihat isyarat tanpa perlu melihat ke atas. Kos pemasangan sistem seperti ini pastinya lebih mahal kerana memerlukan lebih daripada satu lampu. Tetapi di Augsburg kos yang tinggi ini berbaloi dibelanjakan kerana dapat menyelamatkan nyawa pejalan kaki yang jauh lebih berharga.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lampu Isyarat Mesra Pengguna Peranti Pintar Dipasang Di Atas Permukaan Jalan Di Jerman"