Facebook telah mengasingkan Facebook Messenger sebagai platform tersendiri, dan sejak daripadanya telah menyertakan sejumlah fungsi menarik pada perkhidmatan permesejan mereka. Hari ini, gergasi sosial berkenaan menambah sebuah fungsi baru, iaitu panggilan suara berkumpulan.
Bermula hari ini, pengguna boleh membuka perbualan berkumpulan mereka, dan seterusnya tap pada ikon panggilan suara untuk memulakan panggilan berkumpulan.
Fungsi baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan anda akan mula melihatnya pada kemaskini terkini Facebook Messenger untuk Android dan iOS.
Dengan pengenalan fungsi panggilan berkumpulan ini juga, Facebook kini lebih serius dalam bersaing dengan pelbagai penyedia perkhidmatan lain dalam arena yang sama, termasuk Skype.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Messenger Memperkenalkan Fungsi Panggilan Suara Berkumpulan"