Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Encode – Membolehkan Anda Mempelajari Asas Pengaturcaraan Terus Pada Telefon Pintar

Terdapat beberapa perkhidmatan yang memudahkan para pengguna untuk mempelajari pengaturcaraan dengan mudah. Selain pada komputer, anda juga turut boleh mempelajari pengaturcaraan dengan mudah terus pada telefon pintar, dan salah satu aplikasi yang memudahkan perkara ini adalah Encode.

Encode dioptimasikan untuk penggunaan dan pembelajaran pada telefon pintar. Ia menggunakan JavaScript untuk mengajar asas pengaturcaraan, dan bentuk cabaran yang dibawakan adalah sangat sesuai untuk mereka yang hendak berjinak-jinak dengan dunia pengaturcaraan.

Encode Android

Kaedah pembelajaran interaktif dan cabaran bersaiz kompak yang dibawakan olehnya menjadikan ia salah satu aplikasi yang sangat sesuai untuk mereka yang baru hendak belajar mengatur-cara.

Bagi anda yang berminat untuk mempelajari pengaturcaraan, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma hari ini, dan memulakan pembelajaran anda hari ini.

Muat-Turun Encode untuk Android



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Encode – Membolehkan Anda Mempelajari Asas Pengaturcaraan Terus Pada Telefon Pintar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info