Celcom telah hadir dengan beberapa pakej pascabayar yang menarik sejak daripada tahun lepas, dan kini dengan angka pengguna yang lebih ramai, mereka juga dilihat telah mula memfokuskan kepada menambah-baik dan pada masa yang sama memperluaskan rangkaian 4G LTE mereka.
Bercakap mengenainya, hari ini Celcom turut mengumumkan kerjasama dengan Ericsson Malaysia dan juga Huawei Technologies dalam membangunkan infrastruktur 4G LTE bagi rangkaian tersebut. Celcom mengatakan dengan kerjasama ini ia membolehkan mereka terus menawarkan kualiti rangkaian dan kelajuan 4G LTE yang terbaik untuk pelanggan mereka.
Bergerak ke hadapan, kelak pada tahun ini juga, Celcom akan mula memperkenalkan dan menguji rangkaian LTE-A dan juga VoLTE kepada pengguna rangkaian mereka. Celcom turut mengatakan dengan pelbagai perancangan mereka, Celcom menyasarkan untuk mencapai sasaran kerajaan dengan menawarkan liputan LTE di lebih 95% kawasan berpenduduk di seluruh Malaysia menjelang tahun 2020 kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Celcom Ingin Meliputi 95% Malaysia Dengan LTE Menjelang 2020 – LTE-A Dan VoLTE Akan Datang"