Yahoo! telah mengumumkan penyertaan dalam arena e-sukan tidak lama sebelum ini, dan terkini dalam usaha memudahkan para peminat mengikuti perkembangan dalam arena e-sukan, Yahoo! menerbitkan sebuah aplikasi khusus untuk Android.
Dinamakan sebagai Yahoo! Esports, melaluinya ia menawarkan liputan permainan League of Legends, Dota 2, Counter Strike Go, Heroes of the Storm dan Street Fighter V.
Melalui aplikasi ini pengguna boleh menonton siaran langsung pelbagai perlawanan e-sukan, disamping turut mengikuti analisa perlawanan, mengikuti komentar pengulas, dan membaca berita berkaitan e-sukan.
Bagi anda yang berminat dengan dunia e-sukan, anda mungkin boleh memuat-turun aplikasi Yahoo! Esports untuk Android ini hari ini.
Muat-Turun Yahoo! Esports untuk Android
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Yahoo! Esports Untuk Android Hadir Untuk Memudahkan Ikuti Berita E-Sukan"