Alibaba merupakan salah satu jenama yang tidak asing dalam arena e-dagang. Hari ini mereka membuat kejutan dengan membuat pelaburan pada laman e-dagang popular di Asia Tenggara dan Malaysia, iaitu Lazada.
Melalui penyertaan Alibaba, mereka akan membuat pelaburan sebanyak $500 juta, dan pada masa yang sama melibatkan transaksi sehingga $1bilion dalam usaha mendapatkan saham dan pegangan daripada beberapa pelabur sedia ada. Antara yang akan menjual pegangan Lazada mereka kepada Alibaba adalah termasuk Rocket Internet, dan Tesco.
Lazada kini merupakan platform edagang terkemuka di Asia Tenggara, dan dengan pelaburan daripada Alibaba, ia sekaligus membuka ruangan kepada peniaga di Alibaba untum turut menyasarkan produk mereka untuk rantau Asia Tenggara.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Alibaba Melabur Pada Lazada – Mendapatkan Hak Kawalan Majoriti"