Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Menyertai Pasaran Basikal Pintar Dengan Pelaburan Pada iRiding

Xiaomi mempunyai pelbagai penawaran menarik selain daripada telefon pintar dan tablet mereka. Sebelum ini, mereka telah memasuki arena pengangkutan melalui pelaburan pada Ninebot, dan kini mereka turut memperluaskan portfolio mereka dengan membuat pelaburan pada syarikat basikal, iRiding.

Syarikat yang dilabur oleh Xiaomi ini bakal melancarkan basikan pintar mereka pada minggu ini, dikenali dengan nama QiCycle. Basikal berkenaan akan dijual seperti beberapa produk Xiaomi yang lain, iaitu melalui laman jualan Mi.com mereka di China. Sebelum ini, Xiaomi turut telah membuat pelaburan pada satu lagi pengeluar basikal, Yunmake.

Basikal

Basikal pintar daripada iRiding ini dikatakan bakal menggunakan binaan berasaskan karbon fiber, dan dilengkapi beberapa sensor untuk memantau gaya pemanduan pengguna. Apa yang mengejutkan adalah harga jualannya, yang dikatakan akan berharga sekitar $3000 (~RM12415).

Mungkin kita akan mendengar maklumat lanjut mengenai basikal ini dalam beberapa hari lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Menyertai Pasaran Basikal Pintar Dengan Pelaburan Pada iRiding"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info