Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy Tab A 2016 Dilancarkan – Tablet Dengan Skrin 7″

Jualan mengalami penurunan sekitar 8% tahun lalu kerana persaingan dari peranti bersaiz tablet. Apple dan Samsung kedua-duanya mencatatkan penyusutan jualan dan hanya Huawei menunjukkan peningkatan permintaan. Galaxy Tab A ialah tablet kelas permulaan yang dihasilkan oleh Samsung. Dalam ulasan yang kami hasilkan tahun lalu kami merasakan ianya tablet dengan stylus yang menarik tetapi dikecewakan oleh resolusi skrin yang rendah. Galaxy Tab A 2016 baru sahaja dilancarkan dan kali ini saiz skrin mengecil kepada 7″.

Samsung-Galaxy-Tab-A-2016-2Resolusi skrin dari keluarga TFT meningkat kepada 1280 x 800 pixel, diperkasakan pemproses 1.3 GHz empat teras, RAM sebesar 1.5 Gigabyte dan muatan dalaman 8 Gigabyte (MikroSD sehingga 200 Gigabyte). Kemampuan optik pula ialah kamera utama 5 Megapixel dan kamera hadapan 2 Megapixel. Kamera utama merakam video pada resolusi maksimum 720P. Bateri sebesar 4000 mAh disertakan bagi mengusai peranti. Tidak seperti Tab A 2015, model terkini ini tidak lagi mempunyai S Pen terbina. Sebuah lagi perbezaan ialah saiz RAM yang lebih kecil kerana Tab A 2015 dilengkapi RAM sebesar 2 Gigabyte. Harga jualan masih belum diumumkan buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy Tab A 2016 Dilancarkan – Tablet Dengan Skrin 7″"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info