Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy S7 Dan S7 Edge Bersalut Emas Kini Boleh Dimiliki

Emas ialah simbol kekayaan dan status seseorang individu di dalam masyarakat sejak beribu-ribu tahun. Golongan bangsawan memakai barang kemas diperbuat daripada emas untuk menunjukkan mereka berhad memerintah. Di benua Amerika Selatan pula, emas ianya penyebab mengapa tamadun Aztek lenyap dari muka bumi kerana diserang Sepanyol. Jadi jelaslah di sini emas boleh menyebabkan anda disanjung dan pada waktu yang sama boleh menyebabkan anda rebah.

Galaxy S7 Emas 1Status emas sebagai logam berharga masih lagi relevan sekarang. Perkara biasa yang dilakukan sekarang ialah menyadur emas pada peranti pintar terkini bagi menunjukkan betapa murahnya rezeki yang dikurniakan Ar Rahman kepada diri anda. Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge yang disadur emas kini boleh anda miliki. Ia dihasilkan oleh Gold Genie dan edisi terhad ini dijual pada harga bermula £2097 (RM 12083) sebuah. Selain sebuah peranti pintar bersalut emas, anda turut akan menerima kotak simpanan khas yang diperbuat daripada kayu oak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy S7 Dan S7 Edge Bersalut Emas Kini Boleh Dimiliki"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info