Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pra-tempahan Samsung Galaxy S7 Melangkaui Jangkaan Dan S7 Edge Lebih Banyak Ditempah

Tinggal hanya lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy S7 Edge dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Promosi pra-tempahan di Malaysia mendapat sambutan luar biasa sehingga Samsung melakukan dua sesi kepada pengguna untuk memilikinya pada harga yang lebih murah dari harga pasaran. Seperti di Malaysia sambutan terhadap dua peranti ini turut melangkaui jangkaan.

Menurut laporan Samsung Belanda, pra-tempahan peranti keluarga Galaxy S7 adalah 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding Galaxy S6 tahun lalu. Pada waktu yang sama 61% tempahan yang diterima adalah ke atas model S7 Edge berbanding edisi biasa.

Samsung Galaxy S7Rekaan skrin dwi-lengkung serta kapasiti bateri yang lebih besar berbanding edisi biasa dikatakan adalah sebab mengapa S7 Edge lebih popular tahun ini. Sebagai peringatan S7 Edge dilengkapi bateri sebesar 3600 mAh berbanding 3000 mAh pada S7. Tahun lalu S6 Edge dilengkapi bateri sebesar 2600 mAh dan S6 dengan bateri 2550 mAh. Bagaimana pula dengan anda? Sekiranya diberikan pilihan di Malaysia adakah anda akan memilih S7 ataupun S7 Edge?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pra-tempahan Samsung Galaxy S7 Melangkaui Jangkaan Dan S7 Edge Lebih Banyak Ditempah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info