Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Portal Berita The Malaysian Insider Menghentikan Operasi Hari Ini

The Malaysian InsiderPortal berita alternatif The Malaysian Insider mengumumkan penghentian operasi bermula tengah malam ini. Pengumuman dilakukan menerusi laman Facebook mereka sebentar tadi. TMI ialah antara laman di bawah The Edge Media Group dan penutupan dilakukan atas faktor komersial dan tiada kena mengena dengan sekatan yang dikenakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sejak beberapa minggu yang lalu.

Laman ini sudah beroperasi sejak Februari 2008 dan pernah beberapa berhadapan dengan pihak berkuasa kerana laporan berita yang dipaparkan.

Januari lalu kami melaporkan The Edge Media Group akan menjual TMI sebagai langkah mengurangkan saiz syarikat mereka walaupun mereka baru membelinya pada tahun 2014. Ketua editor TMI Jahabar Sadiq dipetik berkata beliau berharap terdapat pihak lain yang akan mengisi kekosongan melaporkan berita alternatif yang ditanggalkan oleh TMI. Dalam masa dua minggu, dua laman berita atas talian tempatan menghentikan operasi. Pada penghujung Februari yang lalu The Rakyat Post mengumumkan penutupan mereka secara mengejut.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Portal Berita The Malaysian Insider Menghentikan Operasi Hari Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info