Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pelan Pascabayar RM70 U Mobile Kini Menawarkan Data Sehingga 15GB Untuk Tempoh Terhad

Sejak permulaan tahun 2016 ini, kita telah melihat persaingan sihat dalam arena telekomunikasi, dan pelbagai penawaran menarik hadir dalam usaha untuk menarik pengguna ke talian telekomunikasi masing-masing.

UMobile Hero P70 15GB

Terkini, U Mobile dilihat akan menawarkan data tambahan sebanyak 8GB selama 3 bulan untuk pengguna pelan U Mobile P70. Untuk makluman, sebelum ini pelan ini telah menarik minat ramai pengguna memandangkan menawarkan panggilan tanpa had dan 7GB data setiap bulan pada harga langganan RM70 – yang boleh dikatakan agak murah di pasaran.

Kini, untuk tempoh terhad sehingga 30 Jun 2016 sahaja, dan sebelum itu, tiada lagi data tambahan yang diberikan oleh U Mobile – dan akan kembali kepada pelan biasa seperti asal.

Penawaran ini boleh dikatakan agak menarik daripada U Mobile, dan semestinya mungkin akan lebih menarik perhatian pengguna tempatan – disamping memberikan tekanan kepada syarikat telekomunikasi lain untuk hadir dengan pelan yang lebih baik.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pelan Pascabayar RM70 U Mobile Kini Menawarkan Data Sehingga 15GB Untuk Tempoh Terhad"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info