Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Panggilan Suara Pada WhatsApp Bakal Melalui Penyulitan Untuk Sekuriti Tambahan

Pada masa kini, ramai pengguna berkomunikasi menggunakan aplikasi permesejan, dan salah satu yang popular adalah WhatsApp. Terkini, ia dilaporkan perkhidmatan yang dimiliki oleh Facebook ini bakal memperkenalkan sokongan penyulitan untuk panggilan suara melalui WhatsApp dalam beberapa minggu lagi.

WhatsApp sebelum ini telah memperkenalkan sokongan penyulitan untuk perkhidmatan permesejan teks mereka sejak tahun 2014 yang lepas, dan kini ia dijangka dilanjutkan ke perkhidmatan panggilan suara WhatsApp.

Sokongan penyulitan dan sekuriti menjadi fokus ramai akhir-akhir ini, dengan beberapa pihak yang inginkan akses kepada pelbagai perkhidmatan popular. Selain WhatsApp, beberapa syarikat lain turut memfokuskan kepada arena penyulitan ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Panggilan Suara Pada WhatsApp Bakal Melalui Penyulitan Untuk Sekuriti Tambahan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info