Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MWC 2016 : Acer Liquid Jade 2 & Liquid Zest

Pada acara Mobile World Congress 2015 Acer telah mengadakan acara sehari lebih awal, dan menampilkan pelbagai peranti, termasuklah telefon pintar yang beroperasi menggunakan Windows Mobile dan juga peranti gelang tangan pintar. Pada tahun ini, mereka lebih selesa mengadakan acara di reruai mereka, selain dari mengumumkan peranti pintar yang boleh dihubungkan pada jam tangan Victorinox sedia ada iaitu Inox Cybertool, mereka turut mengumumkan dua telefon pintar iaitu Liquid Jade 2 dan Liquid Zest.

Acer Liquid Jade 2
Skrin 5.5-inci 1080p
Pemproses Snapdragon 808
Memori 3GB RAM
Storan 32GB / Kad Mikro-SD Sehingga 128GB
Kamera Utama 21 MP / Rakaman Video 2K
Kamera Depan 8MP
Sistem Android 6.0

Acer Liquid Jade 2 merupakan kemaskini kepada penawaran peranti mereka pada spesifikasi yang tinggi. Ia mengekalkan ciri-ciri siri Jade yang sedia ada, dengan kemasan pada penutup belakang namun untuk Jade 2 ia membawakan kemasan ‘Brushed’. Kemasan sebegini memberikan ilusi kilau pada permukaannya dan lebih selesa menggenggam telefon ini. Acer Liquid Jade 2 juga telah membawakan rekaan Unibody, dimana tiadanya penutup belakang. Slot kad Mikro-SD dan kad SIM berada pada sebelah yang sama, dan menyokong dua kad Nano-SIM.

Sebagai peranti dibawah siri Jade, spesifikasi peranti ini juga adalah tinggi, dan terkini. Ia mempunyai kamera yang setaraf dengan peranti flagship dari jenama lain, menyertakan sensor pengimejan sebesar 21MP dengan dwi-LED Flash. Sensor yang besar sahaja tidak mencukupi untuk menandingi peranti lain, kameranya juga mampu merakam video dengan resolusi 2K pada kadar 30fps, salah satu perkara yang patut diberikan pujian. Kamera hadapan untuk tujuan selfie pula mempunyai sensor sebesar 8MP.

MWC2016 - Acer Liquid Jade 2 IMG_0439 MWC2016 - Acer Liquid Jade 2 IMG_0442

Meskipun kamera utamanya boleh merakam resolusi 2K, paparan skrin bersaiz 5.5-inci yang terdapat pada telefon ini tidak dapat digunakan secara natif bagi menonton video yang telah dirakam, sekaligus memerlukan pengguna memiliki peranti paparan 2K bagi menonton rakaman yang telah dilakukan pada resolusi yang lebih tinggi. Bagi tujuan pemprosesan, Acer Liquid Jade 2 dikuasakan oleh cip Snapdragon 808 dengan memori sebesar 3GB RAM, mengikuti trend terkini dimana kebanyakan pengeluar sudah menyertakan 3GB RAM pada peranti flagship mereka.

MWC2016 - Acer Liquid Jade 2 IMG_0444 MWC2016 - Acer Liquid Jade 2 IMG_0434 MWC2016 - Acer Liquid Jade 2 IMG_0431 MWC2016 - Acer Liquid Jade 2 IMG_0448


MWC2016 - Acer Liquid Zest IMG_0456

Acer Liquid Zest
Skrin 5-inci 720p
Pemproses Snapdragon 617 1.5GHz lapan-teras
Memori Tiada Maklumat
Storan Tiada Maklumat
Kamera Utama 8 MP / Rakaman Video 1080p
Kamera Depan 5 MP
Sistem Android 6.0

Satu lagi peranti yang dilancarkan pada acara ini adalah Acer Liquid Zest yang turut hadir pada variasi 4G. Peranti ini boleh dikatakan berada dalam kelas pertengahan, membawakan spesifikasi yang berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Dari segi rekaan, peranti ini mempunyai kemasan rata tanpa sebarang tekstur permukaan belakang peranti ini yang boleh dibuka. Namun tidak diketahui sama ada baterinya boleh ditanggalkan dan diganti. Disebalik penutup belakang peranti ini juga dijangka terdapat slot kad Mikro-SD dan juga Mikro-SIM. Kami difahamkan terdapat dua variasi, sama ada dengan satu Mikro-SIM atau dua Mikro-SIM. Jangkaan kami jika peranti ini hadir ke pasaran tempatan, ia berkemungkinan hadir dengan dwi-SIM.

Dari segi saiz, peranti ini bersaiz kecil sedikit berbanding Jade 2. Paparan skrinnya bersaiz 5-inci dengan resolusi 720p namun ia mempunyai kamera utama 8MP yang mampu merakam video HD penuh 1080p 30fps. Ini sekali lagi bermaksud kandungan yang anda rakam tidak dapat dinikmati sepenuhnya pada peranti kerana resolusi yang berbeza dan lebih kecil. Untuk kamera hadapan Acer Liquid Zest, ia mempunyai sensor pengimejan sebesar 8MP dengan LED Flash. Untuk kamera hadapan peranti ini, terdapat sensor pengimejan 5MP. Dari segi pemprosesan, peranti ini disertakan dengan cip MediaTek dengan dua pilihan kelajuan, 1.3GHz atau 1.0GHz empat-teras namun tiada sebarang maklumat berkenaan kapasiti RAM.

MWC2016 - Acer Liquid Zest IMG_0459 MWC2016 - Acer Liquid Zest IMG_0462 MWC2016 - Acer Liquid Zest IMG_0467

Salah satu perkara yang membezakan Acer Liquid Zest dan Acer Liquid Jade 2 adalah penawaran kualiti audio. Bagi Liquid Zest, ia ditawarkan dengan DTS-HD Sound manakala Liquid Jade 2 hanya mempunyai DTS-Sound. Kedua-dua peranti ini juga disertakan dengan fungsi Gamezone, membolehkan pengguna merakam permainan mereka. Jika anda mempunyai niat untuk menjadi selebriti YouTube yang popular dengan cara memainkan permainan pada peranti pintar, fungsi pada Gamezone semestinya disukai anda.

Kedua-dua telefon ini bakal beroperasi menggunakan Android Marshmallow namun salah satu perkara yang tidak didedahkan pada pameran ini adalah kapasiti bateri peranti ini. Mungkin apabila peranti ini diumumkan ke pasaran tempatan, kita bakal mendapat lebih banyak informasi berkenaan peranti ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "MWC 2016 : Acer Liquid Jade 2 & Liquid Zest"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info