Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Kini Memudahkan Pengguna Beralih Dari Evernote Ke OneNote

Microsoft OneNoteMicrosoft OneNote merupakan salah satu aplikasi dan perkhidmatan yang ditawarkan pada pelbagai platform untuk memudahkan pengambilan dan catatan nota. Terkini, dalam memudahkan pengguna menguruskan nota dan catatan mereka pada hanya satu platform, Microsoft turut memperkenalkan sebuah fungsi khusus untuk memindahkan data dari Evernote ke OneNote.

Evernote merupakan salah satu penyedia perkhidmatan memfokuskan pengambilan nota yang terkenal dan telah beroperasi sejak beberapa tahun. Namun, mungkin terdapat beberapa fungsi yang anda inginkan yang terdapat pada OneNote sahaja – apatah lagi lebih memudahkan sekiranya anda aktif menggunakan Microsoft Edge, atau peranti seperti Surface Pro.

Melalui perisian khusus yang disediakan, ia membolehkan pengguna memindahkan data dari Evernote ke OneNote dengan mudah – dan ia hanya ditawarkan untuk pengguna Windows 7 dan terkini sahaja buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Kini Memudahkan Pengguna Beralih Dari Evernote Ke OneNote"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info