Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG Kini Mempunyai Saluran Khusus Di IFTTT

IFTTT merupakan salah satu penawaran dari segi perisian yang memudahkan pengguna melakukan sesuatu sekiranya satu tugasan khusus dilakukan. Sebagai contoh, berkongsi gambar yang sama di Twitter sekiranya anda berkongsi gambar di Instagram.

IFTTT atau nama penuhnya If This Then That boleh dikatakan merupakan salah satu perkhidmatan popular yang digunakan oleh ramai pengguna tegar internet mahupun peminat gajet.

LG IFTTT

Terkini, LG telah memperkenalkan sebuah saluran khusus untuk telefon pintar mereka di IFTTT, membolehkan pengguna melakukan dan mengawal beberapa perkara berdasarkan kepada aktiviti mereka.

Antara tugasan yang disediakan oleh IFTTT pada saluran mereka adalah termasuk mengaktifkan NFC apabila berada di sesuatu lokasi, mengaktifkan pemain muzik apabila fon kepala dicucuk pada telefon, memantau pencapaian latihan harian terus ke Google Spreadsheet, dan beberapa yang lain lagi.

Sekiranya anda merupakan pengguna peranti LG, mungkin boleh menyemak saluran IFTTT milik LG hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG Kini Mempunyai Saluran Khusus Di IFTTT"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info