Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Instepnanopower – Kasut Yang Menjana Tenaga Elektrik Dari Langkah Manusia

Menjana kuasa elektrik dengan menggunakan langkah manusia bukanlah idea baru. Tenaga kinetik dari pergerakan kaki manusia sekiranya diubah kepada tenaga elektrik mampu menghasilkan 20 Watt kuasa. Ini adalah cukup untuk membekalkan kuasa kepada sebuah telefon mudah alih. Instepnanopower ialah sistem menjana tenaga elektrik menggunakan pergerakan kaki manusia yang terbina di dalam tapak kasut.

Instananopower-Kasut-1

Sistem yang digunakan berbeza dari sistem yang wujud sebelum ini kerana menggunakan sistem cecair. Tekanan kaki pemakai menekan bendalir di dalam sistem tertutup. Buih yang terhasil dari pergerakan cecair akan menjadi kuasa elektrik yang kemudian disimpan di dalam bateri.

Sistem Instepanopower menghasilkan tenaga elektrik di antara julat 1 sehingga 15 Watt bergantung kepada kelajuan pergerakan pemakai. Bateri yang disertakan boleh dicas sepenuhnya dengan berjalan selama empat jam. Tenaga elektrik yang tersimpan kemudian boleh membekalkan kuasa kepada pelbagai alatan elektronik seperti GPS ataupun lampu suluh. Ini amat berguna bagi mereka yang menggemari sukan lasak. Peranti boleh dicas di tengah hutan belantara walaupun ketiadaan palam elektrik.

Di dalam situasi kecemasan pula kasut Instepnanopower boleh dilengkapi sistem GPS bagi mengesan kedudukan pemakai dengan pantas. Versi komersial untuk kegunaan awam sedang dibangunkan oleh Instepnanopower dengan kerjasama pengeluar kasut Vibram.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Instepnanopower – Kasut Yang Menjana Tenaga Elektrik Dari Langkah Manusia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info