Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Instagram Kini Memaparkan Tarikh Gambar Dan Video Dimuat Naik

Kami mempunyai sebuah akaun Instagram peribadi yang merekodkan kehamilan isteri dan perubahan anak sejak dia dilahirkan. Akaun ini akan kami belek ketika kebosanan melihat foto isteri secara perlahan-lahan membesar, video ketika anak dilahirkan dan segala benda pertama yang dilakukannya seperti berjalan. Masalah utama apabila membelek akaun ini ialah tiada tarikh bilakah gambar dan video dimuat naik. Kami tidak ingat bilakah video anak mula merangkak dan berjalan. Ianya kini hilang ditelan zaman sehinggalah semalam.

Instagram TarikhInstagram-Tarikh-Baru

Kami menyedari Instagram kini memaparkan tarikh bilakah setiap gambar dan video di muat naik asalnya ia sudah berusia lebih seminggu. Tarikh boleh dilihat di bawah komen paling akhir gambar. Bucu kanan sebelah atas gambar yang dahulunya memaparkan tarikh kini menjadi butang tetapan gambar. Fungsi ini diaktifkan secara senyap-senyap tanpa sebarang pengumuman dari pihak Instagram.

Sebelum ini Instagram hanya menunjukkan anggaran tarikh dalam bentuk berapa minggu gambar serta video telah di muat naik. Sebagai seorang bapa yang mahu mengingati semula bilakah si tuan puteri mula berjalan, pengaktifan sistem tarikh yang tepat ini amat kami hargai.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Instagram Kini Memaparkan Tarikh Gambar Dan Video Dimuat Naik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info