Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Imaginarium Studios Milik “Gollum” Akan Dibuka Di Johor

Gollum, King Kong, Supreme Leader Snoke dan Caesar ialah empat watak filem  terkenal yang “dilakonkan” oleh Andy Serkis. Kami katakan “dilakonkan” kerana segala lakonan beliau diubah kepada watak CGI selepas dirakam menggunakan peralatan merakam lakonan (performance capture). Pelakon yang berasal dari England ini membuka Imaginarium Studios, sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran di dalam teknologi merakam lakonan.

Imagianrium-Stuidios-3Studio ini akan membuka cawangannya di Pinewood Iskandar yang terletak di Johor. Pembukaan studio ini ialah kerjasama di antara Imaginarium dan Rhizophora Ventures, sebuah anak syarikat milik Khazanah Nasional bagi meningkatkan kemampuan teknologi pembikinan filem tempatan.

Teknologi Imaginarium Studiod tidak terhad kepada pembikinan filem sahaja malah telah digunakan untuk menghasilkan animasi realistik permainan komputer Ryse : Son of Rome. Dengan pembukaan studio berkelas dunia ini di Malaysia, mungkin selepas ini kesan khas yang kelihatan kurang kemas akan menjadi sejarah silam.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Imaginarium Studios Milik “Gollum” Akan Dibuka Di Johor"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info