Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC 10 Bakal Menyertakan “Kamera Pertama Bertaraf Dunia Di Depan Dan Belakang”

HTC 10 dijangka diperkenalkan sekitar bulan April kelak, dan dengan tempoh lebih kurang sebulan, mereka telah mula hadir dengan beberapa teaser untuk peranti mereka. Terkini, berkongsi gambar kedua, HTC menekankan kepada kamera yang akan disertakan pada HTC 10.

Daripada gambar yang dikongsikan, HTC menyertakan sebuah kapsyen khusus mengatakan “Kamera Pertama Bertaraf Dunia, Depan dan Belakang”.

HTC 10 Camera

Secara kasar, ia memberikan gambaran seumpama HTC 10 akan menyertakan kamera dengan kualiti rakaman yang sangat baik pada bahagian hadapan dan juga belakang.

Pada tahun lepas, HTC telah hadir dengan HTC One M9 yang boleh dikatakan kualiti kameranya agak mengecewakan jikalau dibandingkan dengan beberapa pesaing lain di pasaran.

Buat masa ini, pihak HTC masih tidak mengumumkan sebarang tarikh berkenaan pengenalannya. Ia diura-ura akan diperkenalkan sekitar pertengahan April 2016 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC 10 Bakal Menyertakan “Kamera Pertama Bertaraf Dunia Di Depan Dan Belakang”"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info