Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Adakah Tidak Lama Lagi Kita Akan Dapat Melihat Pemain Konsol Xbox Dan PS4 Bermain Bersama

Microsoft hari ini telah mengumumkan sokongan Cross-Network Play, sekaligus membolehkan pengguna konsol Xbox One dan juga Windows 10 untuk bermain dengan pemain daripada rangkaian permainan yang lain. Dengan pengumuman ini, ia sekaligus membuka peluang kepada pembangun permainan mengintegrasikan sokongan permainan antara rangkaian pada permainan terbitan mereka.

Microsoft turut menekankan yang mana pemain sentiasa mempunyai pilihan untuk memainkan permainan pilihan mereka dikalangan pengguna Xbox Live sahaja, dan bukannya dikalangan semua pemain konsol lain.

Dengan pengumuman ini juga, ia sekaligus membuka ruangan untuk pemain konsol PlayStation 4 untuk memainkan permainan multiplayer bersama-sama dengan pengguna Xbox One.

Permainan pertama yang akan menawarkan sokongan ini adalah Rocket League, yang akan membolehkan pengguna Xbox One dan PC untuk bermain bersama. Sebelum ini, Rocket League telah sedia menyokong permainan antara PlayStation 4 dan juga PC. Ia tidak lagi diketahui sama ada sokongan memainkan Xbox One dengan PlayStation 4 akan diperkenalkan ataupun tidak.

Seperti biasa, ia semuanya bergantung kepada penerbit permainan untuk mengintegrasikannya. Dan beberapa perkara tambahan turut perlu diberi perhatian adalah seperti nama pengguna yang mungkin sama tetapi berbeza rangkaian konsol.

Dengan pengumuman Microsoft ini, sama-sama kita nantikan permainan pertama yang bakal menyokong perlawanan permainan antara konsol PlayStation 4 dan Xbox One.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Adakah Tidak Lama Lagi Kita Akan Dapat Melihat Pemain Konsol Xbox Dan PS4 Bermain Bersama"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info