Sembang Maniac

Sembang-sembang je

360Syria – Melihat Kemusnahan Syria Secara Maya

Perang saudara di Syria sudah berlarutan sejak 2011. Tidak seperti peperangan di Iraq dan Afganistan, peperangan di bumi ambia ini seakan dilupakan dan dunia menutup mata ke atas kekejaman rejim Bashar Al Assad. Antara kekejaman yang dilakukan ialah menggunakan bom tong minyak yang dijatuhkan oleh helikopter tempur ke atas sasaran awam. Amnesty Internationl, NGO hak asasi manusia yang ternama menghasilkan laman Fear of The Sky 360Syria bagi membuka mata dunia tentang kemusnahan yang berlaku.

Syari360 2

Mereka menggunakan teknologi realiti maya bagi membolehkan pelawat laman untuk melihat pemandangan 360 darjah kawasan yang dilanda konflik ini. Pelawat boleh melayari laman ini menggunakan pelayar desktop, peranti pintar atau menggunakan peranti realiti maya seperti Oculus. Sambil melihat puing bandar yang telah musnah, anda akan mendengar audio penduduk menceritakan pengalaman mereka hidup di medan perang. Laman ini boleh anda layari menerusi pautan di bawah.

Layari laman realiti maya – Fear of The Sky : 360Syaria


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "360Syria – Melihat Kemusnahan Syria Secara Maya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info