Tahun 2015 bukanlah tahun yang baik bagi sistem operasi Windows 10 Mobile. Tidak seperti Windows 10 yang kini terpasang pada lebih 200 juta peranti, pegangan peranti menggunakan Window Phone semakin berkurangan. Menurut laporan terkini Microsoft, hanya 4.5 juta peranti dengan Windows Phone terjual pada suku terakhir 2015. Ini adalah penurunan mendadak sebanyak 57% berbanding suku yang sama tahun lalu. Setakat ini dianggarkan sebanyak 110 Juta peranti yang menggunakan Windows Phone terjual sejak 2011. Ini adalah amat kecil jika dibandingkan dengan 1.1 Billion peranti Andorid terjual sepanjang 2015.
Walaupun sambutan kurang memuaskan tetapi ia tidak menghentikan Xiaomi dari menghasilkan peranti Windows 10 Mobile pertama mereka. Kini kedengaran ura-ura Xiaomi Mi 5 akan hadir menggunakan sistem operasi ini. Kemunculannya memang sudah dijangka sejak Xiaomi mengeluarkan ROM Windows 10 Technical Preview untuk Mi 4 Disember tahun lalu. Pengumuman rasmi Mi 5 akan diadakan ketika MWC2016 penghujung bulan ini. Peranti ini disahkan bakal menggunakan pemproses Snapdragon 810, salah satu pemproses yang menyokong Continuum pada W10 mobile. Sekiranya ura-ura ini adalah benar, adakah anda berminat untuk memilikinya kelak?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Xiaomi Mi 5 Versi Windows 10 Mobile Bakal Dihasilkan"