Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sokongan Spotify Terbina Diumumkan Untuk Beberapa Kereta Buatan Volvo

Sejak mencecah umur 30-an kami menyedari tidak ada satupun saluran radio tempatan yang sesuai dengan jiwa kami. Hitz.FM terlalu muda dengan jenis muzik EDM yang terlalu bingit. ERA.FM pula pada hemat kami dicemari DJ yang sering ketawa dengan “jenaka” sendiri manakala HOT.FM pula tidak habis-habis dengan panggilan hangit yang menghanguskan otak. Kami bernasib baik kerana kini hidup di dunia moden dan aplikasi Spotify membolehkan kami mendengar muzik kegemaran tanpa suara DJ yang menjengkelkan ataupun lagu yang tidak sesuai dengan jiwa. Tetapi harus diakui menggunakan peranti pintar untuk memilih lagu untuk didengari ketika memandu ialah amalan mengundang kemalangan.

Volvo-Spotify

Spotify dan Volvo cuba menyelesaikan masalah ini dengan menyertakan sokongan terus aplikasi penstriman muzik ini pada kereta XC90, S90 dan V90. Aplikasi Spotify terbina pada sistem skrin sesentuh kenderaan. Anda tidak memerlukan peranti pintar untuk memilih lagu yang ingin didengari. Skrin sesentuh terbina pada sistem skrin sesentuh memudahkan lagu dicari dan dipilih. Pada waktu yang sama penumpang turut boleh memilih lagu apa yang ingin dimainkan menerusi Spotify Connect. Pemilik tiga kenderaan ini hanya perlu memiliki akaun Spotify Premium untuk menggunakan fungsi ini. Sistem ini akan mula diperkenalkan musim bunga ini dan boleh digunakan oleh kesemua pemilik kenderaan Volvo di seluruh dunia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sokongan Spotify Terbina Diumumkan Untuk Beberapa Kereta Buatan Volvo"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info