Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sokongan Panggilan Video Berkumpulan Untuk Android Dan iOS Akan Hadir Pada Bulan Depan

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan sokongan panggilan video berkumpulan pada peranti mudah-alih, tetapi sehingga kini, perkhidmatan popular Skype masih tidak menyokongnya. Ia berubah bermula hari ini, apabila pihak Skype akhirnya secara rasminya membawa sokongan panggilan video berkumpulan kepada pengguna peranti Android dan iOS.

Sokongan panggilan video berkumpulan ini menyokong sehingga 25 pengguna pada sesuatu masa, membolehkan anda membuat panggilan dengan rakan-rakan anda yang lain pada waktu yang sama serta membincangkan pelbagai perkara penting melaluinya.

Skype Video Call

Skype mengatakan aplikasi iOS dan Android akan memudahkan pengguna menghantar jemputan untuk menambah rakan-rakan mereka dengan mudah, disamping akan turut menawarkan kualiti panggilan pada resolusi tinggi.

Sokongan panggilan video berkumpulan ini akan diperkenalkan di Eropah dan Amerika Utara bermula hari ini, dan hadir ke semua pengguna lain pada bulan Mac 2016 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sokongan Panggilan Video Berkumpulan Untuk Android Dan iOS Akan Hadir Pada Bulan Depan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info