Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rekaan Panel Belakang Samsung Galaxy S7 Pula Tertiris

Samsung mengesahkan peranti Galaxy S7 akan dilancarkan pada 21 Februari ini di Barcelona. Tinggal kurang dari 3 minggu lagi dan sekali lagi rekaan peranti yang amat dinantikan ini tertiris ke arena web. Sebelum ini rekaan bahagian hadapan sahaja diperlihatkan dan hari ini kita dapat melihat rekaan panel belakang. Dari gambar di bawah jelas kelihatan bahagian sisi panel kaca mempunyai rekaan 2.5D seperti yang dilihat pada OnePlus X. Kami juga menyedari lensa kamera tidak lagi terjojol keluar. Kepada mereka yang tidak suka dengan rekaan kamera terkeluar seperti pada Galaxy S6 ini adalah berita baik buat anda. Sejauh manakah kebenaran gambar di bawah hanya akan kita ketahui 19 hari dari sekarang. Kami akan melaporkan pelancaran Samsung Galaxy S7 secara langsung di Barcelona kelak. Teruskan bersama kami.

Samsung-Galaxy-S7-Render-back

 

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rekaan Panel Belakang Samsung Galaxy S7 Pula Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info