Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pet On Wheels – Tempat Mengangkut Haiwan Di Atas Motor

Haiwan peliharaan kini dianggap oleh pencinta haiwan seperti ahli keluarga mereka sendiri. Mereka diberikan tempat tidur khas, makanan berjenama dan diberikan suntikan imunisasi seperti anak mereka sendiri. Kami tergolong di dalam kategori ini. Seperti anak-kanak sebenar, pemilik juga gemar membawa haiwan peliharaan mereka berjalan-jalan. Tetapi di kebanyakan negara membawa haiwan di atas kenderaan beroda adalah melanggar undang-undang kerana ia membahayakan penunggang, haiwan itu sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Pet-on-Wheels-1

Pet On Wheels ialah tempat mengangkut haiwan yang selamat digunakan oleh mereka. Ia boleh dipasang pada tempat duduk motosikal, basikal dan juga tempat duduk kereta. Ia turut boleh diangkut seperti sebuah beg.  Sistem pengangkut ini mematuhi undang-undang jalan raya di Itali tempat ia dihasilkan. Hanya kepala haiwan terkeluar dari ruang simpanan bagi membolehkannya menghirup udara segar. Pet on Wheels direka untuk anjing dan kucing yang mempunyai berat maksimum 10 kilogram. Ianya dijual pada harga €99 (~MR 466) sebuah.

Pet-on-Wheels-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pet On Wheels – Tempat Mengangkut Haiwan Di Atas Motor"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info