Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perbandingan LG G5, Samsung Galaxy S7 & Huawei Mate 8

Perang peranti Android terbaik tahun 2016 bermula semalam dengan pelancaran LG G5 dan Samsung Galaxy S7. Kedua-dua peranti menggunakan cip pemproses generasi terkini Snapdragon 820 ataupun Exynos 8890. Seperti biasa apabila peranti baru muncul di pasaran ramai yang tertanya-tanya yang manakah lebih berbaloi untuk dimiliki? LG G5 mempunyai modul boleh luncur yang menambah kemampuan peranti. Samsung Galaxy S7 pula mempunyai kamera Dwi-Pixel 12 Megapixel f/1.7. Bari lihat perbandingan dua peranti ini dengan Huawei Mate 8, peranti utama Huawei yang diperkasakan pemproses Kirin 950 yang terpantas di carta penanda aras buat masa ini.

LG G5

Kemaskini: February 21, 2016
Anggaran: RM
  • 5.3" Saiz Paparan

    Menggunakan skrin 5.3-inci dengan paparan IPS LCD Quantum Display pada resolusi QHD. Skrin berkembar dengan skrin pada panel atas sentiasa aktif memaparkan notifikasi.

  • Snapdragon 820

    Pemproses Snapdragon 820.

  • 4GB RAM

    RAM sebesar 4 Gigabyte LPDDR4.

  • 32GB Storan

    32GB ruangan storan terbina berasaskan kepada UFS.

  • 2000GB MikroSD

    Penambahan memori dalaman sehingga 2 Terabyte menggunakan kad MikroSD.

  • 16+8MP Kamera

    Kamera belakang berkembar 16-megapixel dengan sokongan OIS dan kamera 8 Megapixel lensa lebar.

  • 8MP Kamera Hadapan

    Kamera hadapan 8-megapixel.

  • 4G LTE

    Hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE.

  • 2800 mAh Bateri

    Bateri 2800 mAh dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0. Bateri boleh ditanggalkan dan meluncur ke bawah melalui dagu peranti.

  • Android 6.0 Marshmallow

    Mengggunakan Android 6.0 Marshmallow dengan antaramuka LG UX.

Samsung Galaxy S7

Kemaskini: February 22, 2016
Anggaran: RM
  • 5.1" Saiz Paparan

    Menggunakan skrin 5.1-inci dengan paparan Super AMOLED dan resolusi QHD. Kepadatan pixel 557 PPI.

  • Snapdragon 820/Exynos 8890

    Exynos 8890 Lapan Teras (2.3 X 4 + 1.6 X 4 GHz) atau Snapdragon 820 Empat-Teras (2.15 X 2 + 1.6 X 2 GHz)

  • 4GB RAM

    RAM LPDDR4 sebesar 4 Gigabyte setanding seperti yang ditemui Galaxy Note 5. Peranti keluarga Galaxy S pertama dengan RAM sebesar ini.

  • 32/64GB Storan

    32 atau 64 GB ruangan storan terbina berasaskan kepada UFS 2.0.

  • 200GB MikroSD

    Penambahan memori dalaman sehingga 200 Gigabyte. Mengembalikan semula sokongan ini selepas tidak wujud pada S6.

  • 12MP Kamera

    Kamera belakang 12-megapixel dengan sensor Dwi-Pixel serta sokongan OIS. Lensa f/1.7 untuk rakaman cahaya yang lebih baik.

  • 5MP Kamera Hadapan

    Kamera hadapan 5-megapixel dengan lensa f/1.7.

  • 4G LTE

    Hari dengan versi dwi-SIM, dan hadir dengan sokongan 4G LTE.

  • 3000 mAh Bateri

    Bateri 3000mAh dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0. Turut menyertakan sokongan pengecasan tanpa wayar.

  • Android 6.0 Marshmallow

    Mengggunakan Android 6.0 Marshmallow dengan pelancar TouchWiz

Huawei Mate 8

Kemaskini: December 1, 2015
Anggaran: RM2125
  • 6" Saiz Paparan

    Hadir dengan skrin 6-inci dan paparan resolusi penuh 1080p.

  • Kirin 950

    Menggunakan cip pemprosesan Kirin 950 2.3GHz. Membawakan gabungan Cortex A53 1.8Ghz, dan Cortez A72 2.3Ghz. Menyertakan sokongan Mali-T880MP4.

  • 3GB RAM

    Hadir dalam pilihan memori 3GB dan 4GB RAM. Memori 3GB RAM hadir dengan storan 32GB, sementara 4GB dengan pilihan storan lebih besar.

  • 32GB Storan

    Hadir dengan pilihan storan 32GB / 64GB / 128GB NAND. Boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD.

  • 128GB MikroSD

    Boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD.

  • 16MP Kamera

    Kamera belakang 16-megapixel dengan lensa daripada Sony, iaitu Sony IMX298 1/2.8" (1.12µm pixel). Aperture F/2.0.

  • 8MP Kamera Hadapan

    Kamera hadapan 8-megapixel, dengan aperture F/2.4. Menggunakan lensa Sony IMX179 (1.32µm pixel).

  • 4G LTE

    Menyertakan sokongan 4G LTE untuk kedua-dua SIM. Menggunakan SIM berasaskan nano untuk kedua-duanya. Tidak boleh menggunakan kad mikro-SD apabila menggunakan SIM kedua.

  • 4000 mAh Bateri

    Bateri berkapasiti 4000mAh, dan hadir dengan sokongan pengecasan pantas. Bateri boleh dicas sehingga 37% dalam masa 30 minit.

  • Android 6.0 Marshmallow

    Menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dengan antaramuka tersendiri Huawei, iaitu Emotion UI 4.0.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Perbandingan LG G5, Samsung Galaxy S7 & Huawei Mate 8"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info