Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo A30 Dilancarkan Di China – OnePlus X Edisi Oppo

OnePlus X mempunyai spesifikasi yang agak ketinggalan bagi sebuah peranti yang dilancarkan pada tahun 2015. Namun kombinasi rekaan yang baik dan sistem operasi yang dioptimasi, ianya adalah antara peranti terbaik kami gunakan tahun lalu. Malahan di dalam ulasan yang kami tulis kami merasakan ianya peranti yang jauh lebih baik berbanding Xperia Z5 Dual yang dijual pada harga dua kali ganda lebih mahal. Secara keseluruhan peranti ini menerima reaksi positif oleh pengguna dan juga wartawan teknologi walaupun mempunyai spesifikasi yang bokeh diklasifikasikan sebagai pertengahan.

Oppo-A30 Kini klon OnePlus X dilancarkan di China. Ianya dihasilkan oleh Oppo, syarikat yang mempunyai pegangan saham di dalam OnePlus. Oppo A30 ialah OnePlus X dengan beberapa perubahan kecil. Ia diperkasakan pemproses Snapdragon 800 dan bukannya 801 seperti yang ada pada OnePlus X. Perubahan kedua ialah kemasan sisi yang licin dan tidak bersenggat seperti OnePlus X. Spesifikasi lain adalah serupa iaitu RAM sebesar 3 Gigabyte, muatan dalaman 16 Gigabyte, kamera utama 13 Megapixel, kamera hadapan 8 Megapixel dan bateri sebesar 2525 mAh. Ia menggunakan Android 5.1.1 dengan pelancar Color OS 2.1. Apa yang berlaku disini bukanlah perkara yang dianggap aneh. OnePlus 1 yang dilancarkan dua tahun yang lalu adalah Oppo Find 7 yang diubahsuai. Harga masih belum diumumkan tetapi dikatakan sekitar 1999 RMB (~RM 1282) sebuah.

Oppo-A30-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oppo A30 Dilancarkan Di China – OnePlus X Edisi Oppo"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info