Nissan merupakan salah satu syarikat pengeluar automotif yang popular. Mereka sedia membangunkan teknologi meletakkan kenderaan secara automatik pada kenderaan mereka, dan kini teknologi berkenaan turut hadir ke kerusi rekaan mereka.
Nissan memanggil kerusi mereka ini sebagai “Intelligent Parking Chair“. Apa yang menariknya mengenai kerusi ini adalah ia boleh susun kembali ke meja secara automatik. Ini sekaligus memudahkan proses mengemas pejabat – sebagai contoh selepas mesyuarat, selepas waktu kerja dan sebagainya yang akan membuatkan kedudukan kerusi tidak teratur.
Untuk menyusun kembali kerusi berkenaan, pengguna hanya perlu tepuk tangan, dan ia akan kembali ke kedudukan asal. Untuk menjayakannya, Nissan menggunakan empat kamera dala bilik untuk melihat posisi semasa kerusi berkenaan, dan menyusun ia kembali melalui data yang dihantar melalui rangkaian WiFi, dan dikawal menggunakan sebuah sistem khusus.
Seperti biasa, ini hanya sebahagian teknologi dan projek yang dibangunkan oleh Nissan. Tiada matlamat komersial untuknya buat masa ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nissan Memperlihatkan Kerusi Yang Boleh Susun Kembali Ke Meja Secara Automatik"