Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MWC 2016 : HP Elite X3 – Telefon Windows 10 Berspesikasi Tinggi Yang Mungkin Bukan Untuk Anda

Microsoft boleh dikatakan masih agak sukar untuk mencuri hati ramai pengguna untuk menggunakan telefon pintar berasaskan Windows 10. Jualan peranti Windows 10 atau Windows Phone boleh dikatakan masih jauh untuk menyaingi peranti platform lain di pasaran – tetapi perkara ini tidak menghentikan daripada pengeluar lain untuk turut mencuba peluang mereka melalui platform milik Microsoft ini.

Pada Mobile World Congress, rakan kerjasama Microsoft, iaitu HP telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dinamakan sebagai HP Elite X3 yang ditujukan lebih kepada pengguna perusahaan berbanding dengan pengguna umum.

HP Elite X3

HP Elite x3
Skrin 5.96″ (1440×2560 pixel)
Pemproses Snapdragon 820
Memori 4 GB RAM
Storan 64GB
Kamera Utama 16 Megapixel
Kamera Depan 8 Megapixel
Bateri 4150mAh

HP Elite X3 menggunakan pelbagai spesifikasi yang tinggi dalam membolehkan pengguna perusahaan membelinya dan menggunakan ia untuk tempoh beberapa tahun – disamping pada masa yang sama membolehkan mereka menjalankan pelbagai proses yang tinggi melaluinya.

HP Elite X3 hadir dengan skrin bersaiz 6-inci, dan dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 820, memori 4GB RAM, dan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4150mAh.

Selain pemprosesan berkuasa, HP turut melengkapkan telefon pintar ini dengan kamera belakang 16-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Dengan penggunaan pelbagai spesifikasi yang tinggi ini, berkemungkinan besar harga jualannya adalah sangat tinggi. Peranti Lumia 950 XL sebelum ini sendiri telah mencapai harga RM2999, dan tidak mustahil peranti daripada HP ini ditawarkan pada harga melangkauinya. Memandangkan ia ditujukan kepada pengguna perusahaan, maka mungkin ia tidak memberikan masalah kepada ramai pelanggan sasaran mereka.

HP Elite X3 HP Elite X3

Dijana dengan kuasa pemprosesan yang tinggi, salah satu perkara yang tidak dilupakan oleh HP pada peranti Windows 10 Mobile mereka ini adalah sokongan Continuum. Menggunakan sebuah dock khusus, pengguna boleh mengubah ia untuk beroperasi sebagai sebuah komputer penuh. Perkara ini dijayakan melalui penggunaan Windows 10 yang boleh diselarikan untuk pelbagai saiz skrin – dan pada masa yang sama penggunaan spesifikasi tinggi untuk menawarkan pengalaman penggunaan yang lancar.

HP mengatakan peranti ini boleh digunakan untuk dibawa kemana-mana dan dihubungkan ke sebarang monitor bersama-sama sebuah dock. Kaedah penggunaan ini mungkin sangat sesuai untuk mereka yang sering perlu bertugas di beberapa pejabat atau di beberapa negara. Mereka boleh membawa peranti HP Elite X3 ini kemana-mana mereka pergi, pasangkan ia kepada dock dan terus menggunakannya sebagai komputer. Perkara ini sekaligus memudahkan mereka membawa pelbagai data yang diperlukan ke mana-mana dan turut menggunakan dan menyunting dokumen walaupun berada dalam kapal terbang.

HP Elite X3 HP Elite X3

Telefon pintar ini juga turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari bagi membolehkan pengguna mengakses peranti melaluinya. Sebelum ini, fungsi Windows Hello banyak diimplementasikan melalui imbasan mata, tetapi, pihak HP memberikan pilihan kepada pengguna melalui HP Elite X3.

Memandangkan pelbagai perusahaan menggunakan aplikasi yang ditawarkan untuk Windows 10 – sebagai contoh seperti Salesforce dan lain-lain, mungkin peranti ini akan mencuri perhatian mereka. Namun, pada masa yang sama, pihak HP juga mungkin akan menghadapi masalah daripada persaingan yang diberikan oleh beberapa pengeluar lain seperti Samsung dan Apple yang turut menyasarkan pengguna perusahaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "MWC 2016 : HP Elite X3 – Telefon Windows 10 Berspesikasi Tinggi Yang Mungkin Bukan Untuk Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info