Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo Hadir Dengan Dua Telefon Pintar Berspesifikasi Pertengahan

Acara Mobile World Congress menyaksikan pelbagai pengumuman produk baru, dan pihak Lenovo turut tidak ketinggalan, serta telah memperkenalkan dua telefon pintar baru, iaitu Lenovo Vibe K5 Plus dan juga Lenovo Vibe K5.

Kedua-duanya menawarkan spesifikasi pertengahan, dengan dijana menggunakan skrin bersaiz 5-inci.

Lenovo Vibe K5

Lenovo Vibe K5 Plus menawarkan skrin 5-inci dengan paparan HD penuh, dikuasakan oleh cip Snapdragon 616, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini turut menyertakan sokongan Dolby Atmos pada bahagian belakang untuk penawaran audio yang baik.

Lenovo Vibe K5 pula merupakan variasi dengan spesifikasi rendah, dimana ia hanya dijana menggunakan cip Snapdragoon 415, dan menawarkan paparan resolusi HD sahaja pada skrin 5-inci.

Kedua-dua peranti ini bakal dijual di beberapa buah negara bermula bulan Mac ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Lenovo Hadir Dengan Dua Telefon Pintar Berspesifikasi Pertengahan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info