Lenovo merupakan salah satu jenama yang terkenal dengan penawaran komputer riba untuk perusahaan mereka, Thinkpad. Dengan angka pengguna perniagaan yang tinggi, kini Lenovo mengumumkan sebuah aplikasi baru dinamakan sebagai Lenovo Connect.
Lenovo Connect akan ditawarkan terlebih dahulu di China, yang mana melaluinya, ia akan membolehkan pengguna kekal berhubung dengan rangkaian mudah-alih ketika ke luar negara, pada harga pelan perayauan yang lebih rendah.
Secara tidak langsung, ini menjadikan Lenovo beroperasi sebagai syarikat telekomunikasi maya yang menawarkan pelan telekomunikasi yang baik kepada pelanggan mereka di seluruh dunia.
Untuk peringkat awal, Lenovo mengatakan akan menawarkan ia dilebih kurang 50 buah negara, sebelum ia diperluaskan secara berperingkat kepada pelbagai negara lain.
Secara tidak langsung juga, pengenalan aplikasi Lenovo Connect ini akan menawarkan nilai tambah kepada pelanggan peranti mudah-alih dan komputer riba mereka pada masa akan datang.
Buat masa ini, Lenovo masih belum berkongsi akan harga pelan untuk Lenovo Connect ini yang mana akan menjadi salah satu faktor dalam kejayaan penawaran perkhidmatan mereka.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo Connect Ingin Membantu Anda Kekal Berhubung Di Seluruh Dunia"