Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei P9 Bakal Hadir Dengan Rekaan Dwi-Kamera Belakang

Huawei pada tahun lepas telah hadir dengan pelbagai peranti yang menarik, disamping mencatatkan peningkatan jualan peranti mereka di seluruh dunia. Ini sekaligus membuatkan ramai yang ternanti-nanti akan penawaran mereka untuk peranti flagship pada tahun ini.

Pada tahun ini, jikalau mengikut trend pengenalan peranti Huawei sebelum ini, kita mungkin akan dapat melihat Huawei P9. Sebuah gambar tertiris hari ini, memperlihatkan elemen rekaan Huawei dan dikatakan ia mungkin adalah Huawei P9.

Huawei P9

Dari segi rekaan, ia dilihat membawa dwi-kamera pada bahagian belakang, dimana ia dikatakan akan menggunakan dwi-kamera 12-megapixel pada bahagian belakang. Pengimbas cap jari juga dijangka diposisikan pada bahagian belakang.

Ia dikatakan Huawei P9 akan membawkan skrin 5.2-inci, dijana menggunakan cip Kirin 955 dan dilengkapkan dengan memori 4GB RAM. Rekaan yang tertiris ini adalah bukan rekaan akhir tetapi secara kasar peranti berkenaan dijangka akan dilihat sebegini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Huawei P9 Bakal Hadir Dengan Rekaan Dwi-Kamera Belakang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info