Siri merupakan salah satu perkhidmatan pembantu pintar yang telah ditawarkan oleh Apple pada iPhone, iPad, Apple TV dan juga Apple Watch. Ini membuatkan OS X merupakan salah satu platform yang menantikan sokongan yang sama, dan ia dijangka diperkenalkan pada tahun ini.
Apple dilaporkan sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan Siri pada OS X – dan sebuah butang khusus dijangka ditambah pada bar menu bersebelahan dengan paparan waktu semasa. Pengguna boleh klik pada butang Siri berkenaan, dan seperti biasa bertanyakan pelbagai soalan kepadanya.
Sekiranya benar Siri akan hadir ke Mac pada tahun ini, maka kita mungkin akan dapat melihatnya dipertontonkan oleh Apple pada WWDC bulan Jun kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Merancang Untuk Membawa Siri Ke Mac Pada Tahun Ini"