Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Apple Dipaksa Menghasilkan Aplikasi Memudahkan Pemindahan Dari iOS ke Android

Tahun lalu Apple menghasilkan aplikasi yang memudahkan pengguna Android untuk memindahkan data peribadi mereka ke platform iOS. Aplikasi Move to Android ini kemudian menjadi bahan jenaka pengguna Android yang memberikan ulasan satu bintang. Kini muncul ura-ura dipaksa menghasilkan aplikasi yang memudahkan pengguna iOS memindahkan data ke platform Android. Ketiadaan aplikasi seperti ini sebelum ini dikatakan adalah taktik “mengunci” pengguna untuk kekal pada platform iOS.

Move-to-Android-App

Di Eropah tindakan mengunci ini adalah dianggap tidak adil dan melanggar hak pengguna. Bagi mengelakkan menerima tindakan undang-undang aplikasi migrasi ini dibangunkan Apple. Dengan pembangunan aplikasi migrasi rasmi iOS ke Android ini kesemua gambar, lagu dan buku alamat dapat dipindahkan dengan lebih mudah. Jika anda berubah dari iOS ke Android hari ini, pemindahan data buku alamat sahaja memerlukan 2-3 langkah yang sangat menyusahkan pengguna. Ia juga memaksa Google untuk menghasilkan panduan rasmi untuk pengguna iOS beralih ke Android menerusi laman Switch Android dua tahun yang lalu.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Apple Dipaksa Menghasilkan Aplikasi Memudahkan Pemindahan Dari iOS ke Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info