Far Cry Primal ialah permainan FPS yang unik. Ia membenarkan pemain hidup di sama Mesolitik, 12000 tahun yang lalu. Anda akan mengawal Takkar seorang pemburu yang secara perlahan-lahan menjadi ketua kepada komuniti beliau. Permainan ini akan mula dijual Mac ini pada platform PC. Ubisoft telah mengeluarkan spesifikasi minimum dan yang disarankan untuk PC. Nampaknya masih lagi agak sederhana dan tidak melampau. Kepada pemilik konsol PlayStation 4 dan Xbox One, Far Cry Primal akan hadir lebih awal pada 23 Februari.
Spesifikasi PC Far Cry Primal | ||
---|---|---|
Pemproses Paling Minimum | Intel Core i3-550
AMD Phenom II X4 955 |
|
Pemproses Disarankan | Intel Core i7-2600K
AMD FX-8350 |
|
Kad Grafik Paling Minimum | NVIDIA GeForce GTX 460 (1GB VRAM)
AMD Radeon HD 5770 (1GB VRAM |
|
Kad Grafik Disarankan | NVIDIA GeForce GTX 780
AMD Radeon R9 280X |
|
RAM Paling Minimum | 4 GB | |
RAM Disarankan | 8 GB | |
Ruang Pemasangan | 20 Gigabyte | |
Sistem Operasi | Windows 7, Windows 8.1, Windows 10 (64-bit) |
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Spesifikasi PC Untuk Far Cry Primal Diumumkan"