Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Malaysia Bakal Melancarkan Siri Telefon Galaxy A 2016 Pada 28 Januari

Samsung telah memperkenalkan siri keluarga peranti Galaxy A pada tahun lepas secara rasminya, dan pada tahun ini, mereka hadir dengan Galaxy A (2016). Beberapa variasi peranti dibawah keluarga berkenaan telah diumumkan sebelum ini, dan kini Samsung Malaysia menjadualkan sebuah acara khusus untuk pengumuman berkaitan dengannya.

Samsung Galaxy A7 2016

Samsung Galaxy A (2016) hadir dalam tiga variasi, iaitu Galaxy A5 (2016) dengan skrin bersaiz 5.2-inci, Galaxy A3 (2016) dengan skrin 4.7-inci, dan Galaxy A7 (2016) dengan skrin bersaiz 5.5-inci.

Ketiga-tiganya membawakan rekaan yang premium – iaitu kombinasi binaan berasaskan bingkai logam dan juga kerangka kaca. Dengan fokus pihak Samsung terhadap Samsung Pay, keluarga peranti Galaxy A (2016) turut dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari.

Menambah baik ciri-ciri yang ditawarkan, Galaxy A7 turut hadir dengan sokongan kamera 13-megapixel berasaskan OIS untuk memudahkan pengguna merakamkan gambar dengan jelas, serta dilengkapi sokongan pengecasan pantas. Galaxy A5 membawakan sokongan sama, tetapi Galaxu A3 pula membawakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang tanpa OIS.

Pengumuman berkaitan harga jualan dan tarikh penawaran dijangka diumumkan pada acara berkenaan yang dijadualkan pada minggu hadapan di Malaysia.

Samsung Galaxy A7 2016 Samsung Galaxy A5 2016 Samsung Galaxy A3 2016

Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Malaysia Bakal Melancarkan Siri Telefon Galaxy A 2016 Pada 28 Januari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info