Dengan bulan Februari menjelang tiba, pelbagai spekulasi berkaitan telefon pintar flagship daripada Samsung mula kedengaran. Gergasi daripada Korea Selatan berkenaan dijangka memperkenalkannya bersempena dengan Mobile World Congress, dan dijangka hadir dengan pelbagai fungsi dan ciri-ciri yang diminati ramai.
Sebelum ini, ia sedia tertiris mengatakan Galaxy S7 akan hadir dalam beberapa variasi (termasuk Galaxy S7 Edge dengan skrin melengkung), dan turut menggunakan pengecasan berasaskan USB Type-C.
Terkini, laporan baru hadir mengatakan Galaxy S7 akan membawakan bateri berkapasiti lebih besar berbanding Galaxy S6 sebelum ini. Ia dikatakan versi biasa Galaxy S7 akan menggunakan bateri berkapasiti 3000mAh, sementara Galaxy S7 Edge pula akan menggunakan bateri berkapasiti sehingga 3600mAh.
Satu lagi ciri menarik adalah Galaxy S7 turut dijangka dilengkapi dengan sokongan kalis air, iaitu pada piawaian IP67. Samsung telah sedia mengimplementasi sokongan kalis air pada Galaxy S5, tetapi ia memerlukan port ditutup.
Ia tidak lagi diketahui bagaimana pihak Samsung akan mengimplementasi sokongan kalis air pada peranti baru mereka ini kelak.
Disamping itu, selari dengan laporan sebelum ini, Galaxy S7 dikatakan akan mengintegrasikan sokongan mikro-SD bersama-sama dengannya – berbeza dengan Galaxy S6 sebelum ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy S7 Turut Dijangka Hadir Dengan Sokongan Kalis Air"