Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Penjualan Data Peribadi Pelajar SPM Dan STPM Kini Menjadi Kes Polis

Awal bulan lalu terdapat laporan data peribadi pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM tahun 2015 dijual kepada pihak yang berminat. Data peribadi ini dikatakan ditawarkan kepada kolej swasta bagi memudahkan mereka mensasarkan iklan kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian tertiari. Semalam laporan polis dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya. Kebocoran data dan penjualannya ke pihak ketiga melanggar Akta Perlindungan Maklumat Peribadi 2010. Lebih dari 300 000 nama pelajar lengkap dengan nombor kad pengenalan dipercayai dijual.

Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010

Di Malaysia kesedaran mengenai perlindungan data peribadi ini kami lihat masih lagi di tahap yang rendah. Masih ramai yang berkongsi gambar MyKad di laman sosial tanpa memadamkan nombor kad pengenalan dan alamat peribadi. Apabila ditegur ada yang menggunakan alasan “ingin mencari waris mangsa kemalangan” sedangkan perkongsian wajah mangsa dan nama sebenarnya sudah lebih dari memadai. Ini adalah bagi mengelakkan maklumat sulit peribadi ini disalahguna untuk tujuan penipuan oleh pihak tertentu.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Penjualan Data Peribadi Pelajar SPM Dan STPM Kini Menjadi Kes Polis"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info