Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Medium Hadapi Masalah Untuk Di akses Kerana Tidak Mengikut Permintaan SKMM Untuk Membuang Artikel

Medium.com merupakan salah satu laman yang membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan kandungan padanya – dan sebahagian besar kandungan yang diterbitkan pada laman berkenaan adalah berilmiah dan berkongsi pandangan berkaitan dunia teknologi, pemasaran, startup, dan beberapa topik yang lain.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, ia turut menyertakan kandungan berbentuk politik – dan ia turut digunakan oleh satu penerbitan politik popular baru-baru ini. Memandangkan platform mereka adalah berbentuk terbuka, perkara ini merupakan sesuatu yang tidak boleh dihalang – membuka peluang kepada sesiapa sahaja menjadi penerbit.

Medium

Bercakap mengenai Medium dan status di Malaysia, hari ini melalui sebuah artikel pada blog rasmi mereka, Medium mengatakan mereka telah meminta permintaan daripada SKMM untuk membuang artikel Sarawak Report pada laman mereka. Walaubagaimanapun, hal ini tidak dipatuhi oleh Medium dan pihak Medium meminta injuksi mahkamah untuk tujuan berkenaan.

Halangan untuk mengakses laman Medium.com telah dibuat pada awal pagi Sabtu, 23 Januari 2016 yang lepas, dan memaparkan mesej daripada laman SKMM – tetapi lebih kurang sejam dua selepas itu, mesej berkenaan hilang dan ia sudah boleh diakses di Malaysia. Percubaan kami menggunakan talian telekomunikasi seperti Maxis, UMobile, dan Symphonet memperlihatkan tiada masalah untuk mengaksesnya – tetapi terdapat beberapa pengguna mengatakan laman Medium gagal dimuatkan ketika menggunakan perkhidmatan TM.

Bagi kami sendiri, laman Medium adalah salah satu laman yang berkongsi pelbagai artikel berilmiah – bukan setakat berkaitan teknikal sahaja, tetapi termasuk mengenai keusahawanan, sains dan sebagainya. Mungkin pihak SKMM perlu mencari langkah yang lebih efektif untuk membuat halangan, dan bukan menghalang keseluruhan laman berkenaan disebabkan oleh hanya satu artikel berkaitan politik sahaja.

Halangan ini juga memperlihatkan tidak mustahil perkara sama dilakukan pada beberapa perkhidmatan lain – termasuk seperti Facebook, apatah lagi dengan Facebook sendiri yang telah mula menekankan penerbitan pada platform mereka melalui Facebook Notes.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Medium Hadapi Masalah Untuk Di akses Kerana Tidak Mengikut Permintaan SKMM Untuk Membuang Artikel"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info