Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Maingear Alpha 34 – AIO Untuk Pemain Komputer Tegar Dilengkapi Sistem Penyejukan Cecair

AIO dengan kemampuan tinggi mula muncul di pasaran tahun lalu menerusi MSI AG270 2QC . Kemudian HP Envy Curved pula muncul sebagai AIO pertama dengan skrin melengkung. Tahun 2016 membawakan sebuah lagi inovasi di dalam dunia komputer AIO. Maingear Alpha 34 ialah AIO berkemampuan tinggi yang bukan sahaja dilengkapi skrin melengkung malahan mempunyai sistem penyejukan cecair.

maingear-alpha-34-AIO-2

Skrin melengkung Alpha 34 ialah sebesar 34″ dengan resolusi 3840 x 1440 pixel. Ia diperkasakan dengan pemproses Intel Core i7 edisi Extreme, RAM sehingga 32 Gigabyte dan muatan dalaman SSD sehingga 4 Terabyte. Pengguna diberikan pilihan menggunakan kad grafik AMD Radeon R9 390X atau Nvidia GeForce Titan X yang memberikan kemampuan memainkan permainan terkini pada resolusi UHD. Harga jualan AIO ekstrem ini bermula dari $1999 (~RM 8756) sebuah.

maingear-alpha-34-AIO-1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Maingear Alpha 34 – AIO Untuk Pemain Komputer Tegar Dilengkapi Sistem Penyejukan Cecair"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info