Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo Melancarkan Monitor Komputer Dengan Kamera 3D Dan Pengecas Tanpa Wayar Terbina

CES 2016 kini berlangsung di Las Vegas dan beberapa alatan elektronik dengan rekaan berinovasi mula diperlihatkan. Lenovo baru sahaja memperlihatkan monitor komputer ThinkVision X24 Pro. Ia mempunyai skrin 23.8″ HD Penuh, pengecas tanpa wayar A4Wp dan kamera 3D Intel RealSense. Selain daripada itu ia turut mempunyai port pengecasan USB-C, sokong WiGig serta pembesar suara stereo. Ini menjadikan ThinkVision X24 Pro monitor komputer pertama yang dijual dengan kamera 3D Intel RealSense.

lenovo-thinkvision-x24 pro 2

Dengan kamera ini fungsi Windows Hello, menyahkunci komputer dengan mengimbas wajah akan disokong. Harga jualan bermula dari $399 bermula Mei hadapan. Ini ialah harga model asas. Palang tambahan yang mempunyai WiGig dijual pada harga  $250 manakala dok pengecasan tanpa wayar pula dijual pada harga 150. ThinkVision X24 juga adalah monitor komputer kedua yang mempunyai dok pengecasan tanpa wayar selepas Samsung SE370  yang diperlihatkan Julai tahun lalu.

lenovo-thinkvision-x24 Pro 1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo Melancarkan Monitor Komputer Dengan Kamera 3D Dan Pengecas Tanpa Wayar Terbina"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info