Terdapat beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan penstriman video langsung – seperti Twitch yang telah diambil-alih oleh Amazon. Terkini,salah satu syarikat penstriman video, uStream dikatakan sedang dalam perbincangan untuk diambil-alih oleh IBM.
IBM sedia menggunakan teknologi milik uStream dalam menawarkan perkhidmatan penstriman video pada platform awan IBM, dan pengambil-alihan ini akan memudahkan lagi pembangunan dan integrasi menyeluruh pada platform awan IBM.
IBM dikatakan sedang dalam perbincangan untuk mengambil-alih uStream pada harga mencapai $130 juta. Seperti biasa, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan komen berkaitan dengannya buat masa ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "IBM Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Mengambil-Alih uStream"