Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Humble Weekly Bundle Minggu Ini Menawarkan Koleksi Permainan Tom Clancy

Humble Bundle sering hadir dengan penawaran berbeza hampir setiap minggu dalam usaha membolehkan pengguna mendapatkan permainan video asli kegemaran mereka pada harga yang rendah. Terkini, untuk minggu ini, Humble Weekly Bundle hadir dengan koleksi permainan daripada Tom Clancy.

Humble Weekly Bundle

Melalui Humble Weekly Bundle kali ini, dengan membuat bayaran minima sekurang-kurangnya $1, pengguna akan menerima permainan Tom Clancy’s Rainbow Six, Rainbow Six 3 Gold, Rainbow Six Vegas, Splinter Cell Chaos Theory dan juga Ghost Recon.

Pada bayaran tambahan, pengguna turut boleh mendapatkan permainan seperti Rainbow Six Vegas 2, The Division Beta, Splinter Cell Blacklist dan juga Ghost Recon Future Soldier.

Kesemua permainan yang ditawarkan oleh Humble Weekly Bundle kali ini hanya khusus untuk pengguna Windows sahaja.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Humble Weekly Bundle Minggu Ini Menawarkan Koleksi Permainan Tom Clancy"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info