Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Menawarkan P8 Lite Secara Percuma Untuk Pembelian P8 – Jika Anda Adalah Anak Kembar

Jarang kita dengar promosi khusus untuk anak kembar. Terkini, dengan terjualnya lebih daripada 100 juta peranti Huawei seluruh dunia pada tahun 2015 yang lepas, kini Huawei Malaysia meraikannya dengan menawarkan Huawei P8 Lite secara percuma apabila anda membeli Huawei P8.

Huawei Weito Kembar

Promosi ini diadakan di KLCC pada jerayawara Huawei yang diadakan antara hari ini sehingga 31 Januari 2016 kelak.

Huawei P8 merupakan telefon pintar utama pihak Huawei pada tahun 2016 yang lepas, hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini – serta memfokuskan kepada sokongan rakaman kamera, menyertakan beberapa mod rakaman baru. Huawei P8 Lite pula adalah versi berspesifikasi rendah tetapi dengan rekaan yang lebih kurang serupa.

Bagi anda yang lahir kembar, mungkin boleh ke jerayawara pihak Huawei di KLCC pada minggu ini. Daripada komen pihak Huawei kepada kami, pihak Huawei mengatakan mereka akan hadir dengan lebih banyak promosi dalam minggu-minggu akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Menawarkan P8 Lite Secara Percuma Untuk Pembelian P8 – Jika Anda Adalah Anak Kembar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info