Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Hello Roaming Membolehkan Anda Membeli Kad-SIM Luar Negara Sebelum Bercuti Ke Sana

Pada hari ini, terdapat beberapa kaedah untuk anda membuat perayauan data telekomunikasi anda ketika berada di luar negara. Walaupun terdapat pelbagai pilihan, salah satu kaedah yang mudah dan menjimatkan adalah mendapatkan kad SIM untuk negara yang anda tuju.

Untuk memudahkan perkara berkenaan, salah satu syarikat tempatan baru yang telah memperkenalkan perkhidmatan mereka adalah Hello Roaming. Melalui Hello Roaming, ia membolehkan para pengguna membuat tempahan kad SIM luar negara sebelum anda bercuti ke sana.

Hello Roaming

Hello Roaming buat masa ini menawarkan kad-SIM dari Indonesia, Australia, China, Hong Kong dan juga Thailand. Melalui laman Hello Roaming, anda boleh memilih saiz kad-SIM, memilih tempoh anda ingin bercuti, dan seterusnya ia akan dihantar kepada alamat anda di Malaysia.

Ini sekaligus memudahkan proses anda untuk membeli kad-SIM, dan tidak perlu beratur untuk mendapatkannya di lapangan terbang sana. Pihak Hello Roaming akan mengenakan caj tambahan RM5 sebagai caj perkhidmatan. Mereka juga mengatakan akan menambah sokongan tambah-nilai pada laman mereka tidak lama lagi, disamping menambha bilangan negara yang disokong melalui platform mereka.

Hello Roaming

Layari : Hello Roaming


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Hello Roaming Membolehkan Anda Membeli Kad-SIM Luar Negara Sebelum Bercuti Ke Sana"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info