Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Black+Decker Smartech – Bateri Pintar Untuk Peralatan Elektrik

Alat elektrik tanpa wayar menggunakan bateri yang boleh dicas. Kerap kali apabila kami ingin menggunakan gerudi elektrik tanpa wayar kami, kami menyedari caj bateri sudah mencecah tahap kritikal. Kerja pertukangan yang ingin kami lakukan perlu ditangguh beberapa jam sementara menunggu bateri di cas. Pastinya ada cara lebih baik untuk mengetahui tahap pengecasan bateri yang digunakan pada alat elektrik di rumah.

Smartec-black-dekker-2

Black+Decker Smartech ialah bateri pintar untuk alat elektrik seperti gerudi, pemotong pokok dan penghembus daun. Bateri ini dilengkapi teknologi Bluetooth yang membenarkan pengguna melihat tahap caj yang tinggal menggunakan aplikasi peranti pintar. Beberapa bateri Smartech boleh dipantau tahap pengecasannya secara serentak. Fungsi paling menarik bateri Smartech ialah pemilik boleh menghalang bateri dari digunakan menerusi aplikasi yang sama. Penggera boleh ditetapkan untuk berbunyi sekiranya bateri ini keluar dari kawasan liputan Bluetooth. Sekaligus masalah alat elektrik dicuri dapat diselesaikan. Terdapat port USB pada setiap bateri pintar ini yang membolehkan ia berubah menjadi sebuah power bank. Setiap bateri Smartech dijual pada harga $69 (~RM 302) sebuah.

Smartec-black-dekker-3



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Black+Decker Smartech – Bateri Pintar Untuk Peralatan Elektrik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info