Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Adobe Flash Dijangka Mati Sekitar Tahun 2018

Pada hari ini, kebanyakkan pelayar web telah pun mematikan sokongan Adobe Flash, malah ramai pembangun sendiri bergantung kepada teknologi alternatif seperti H.264, WebM dan sebagainya. Bercakap mengenai Adobe Flash, melalui laporan berkaitan format media yang dikeluarkan oleh Encoding.com, mereka meramalkan Flash akan hilang daripada penggunaan dalam tempoh dua tahun akan datang.

Adobe FlashMelalui laporan Encoding berkenaan, mereka mengatakan Flash hanya digunakan sekitar 6% sahaja pada video desktop dan mudah-alih pada tahun 2015, memperlihatkan penurunan berbanding sebanyak 21% pada tahun 2014 lepas.

Dengan jumlah penggunaan yang sangat sedikit – apatah lagi dengan penawaran pelbagai teknologi alternatif yang tidak memerlukan pemalam tambahan seperti Flash, ia dijangka akan hilang daripada penggunaan menjelang 2018.

Pada hari ini sendiri, ramai tidak menggunakannya kerana sering menghadapi masalah sekuriti yang memberikan akses kepada pengodam untuk mengawal peranti.

Kebanyakkan pelayar web moden pada hari ini tidak mengaktifkan Flash, kerana ia memberikan kesan terhadap prestasi pelayaran dan menggunakan lebih tenaga berbanding kebiasaan.

Dengan pelbagai kekangan ini, para pembangun dilihat dijangka akan beralih ke teknologi baru, menjadikan pegangan pasaran Flash menjelang 2018 tidak begitu relevan lagi berbanding pada masa kini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Adobe Flash Dijangka Mati Sekitar Tahun 2018"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info